Sunday, December 20, 2009

Hijrahku

Tanggal Awal Muharam 1431H menjadi titik tolak permulaan satu fasa baru dalam kehidupan saya. Tidak perlu dijelaskan di sini apakah fasa yang dimaksudkan. Cukuplah buat peringatan untuk diri ini bahawa satu lembaran perjuangan baru di lapangan yang mugkin sama dan mugkin juga berbeza bakal diteruskan. Melalui sesi muhasabah yang dijalankan saya yakin di sana terlalu banyak kelompangan yang perlu diteliti dan di isi. Draf fokus untuk fasa yang sedang dan bakal dilalui ini telah di’brainstorm’kan walaupun tidaklah melalui perbahasan yang betul-betul matang.


Namun saya kira fokus kali ini benar-benar lahir dari jiwa yang telah dimatangkan oleh pengalaman hidup untuk tempoh 24 tahun ini. Walaupun fokusnya mungkin agak simple dan banyak menyentuh persoalan asas yang sepatutnya telah dihadamkan oleh mana-mana insan yang melalui proses pentarbiyahan, namun ianya satu fokus yang penting buat diri saya. Semoga apa yang direncanakan tidak hanya bersemadi di atas kertas tapi terus diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal. Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu yang sangat kerdil ini. Amin.


Tazkirah buat diri. Firman Allah Taala:



“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." As-Saff: 10-11

Sunday, October 25, 2009

Sejenak...

Memaksa jari saya menekan butang-butang pada laptop ini untuk meng’update’ blog ni. Entah kenapa kebelakangan ini, semangat untuk menulis agak lari.Mungkin disebabkan kekangan biasa yang agak luar biasa sebagai pelajar tahun akhir ni. Banyak assignment dan laporan yang perlu disiapkan, group work, presentation ditambah dengan meeting-meeting yang menuntut komitmen saya. Alhamdulillah, usai sesi dialog bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Y.B Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini, (kredit buat SRC kuantan) terdetik di minda saya sejauh mana persediaan untuk melangkah ke dunia baru selepas ini yang saya kira sangat berlainan dengan realiti hidup di alam kampus.
Saya pasti diri ini akan merindui segala kerja buat saya dikampus ini walaupun tidak semua boleh dibanggakan. Kampus yang menjadi medan untuk saya mengenali konsep tarbiyah, siyasah, dakwah mahupun segala macam softskills yang pastinya sangat berguna buat mengharungi hari mendatang. Saya bukanlah insan terbaik tetapi cuba untuk menjadi yang lebih baik. Andai digali kembali segala memori sepanjang bergelar pelajar, terlalu ramai insan-insan yang saya perlu berterima kasih. Terima kasih buat semua. Akhir kalam, Selamat Mengharungi Final Exam.

Sunday, September 6, 2009

MENANGISLAH

Entry kali ini ditulis di saat saya sedang menggelumangkan diri dengan nota-nota kuliah yang bertimbun.Dengan jadual peperiksaan pertengahan semesta yang cukup memenatkan bagi kami pelajar-pelajar Farmasi tahun 4 (alhamduLILLAh, dah final year), menambahkan lagi tekanan harian saya. Alhamdulillah, sampai saat ini semua masih dalam kawalan.

Petang ni sempat sayamembelek sebuah buku tulisan Kasmuri Selamat bertajuk Rahmat Disebalik Dugaan. Antara bab yang menarik minat saya ialah Titisan Air Mata Ketika Berlaku Musibah. Perkara yang cukup sinonim dengan diri sendiri kebelakangan ini, walaupun bukanlah atas sebab musibah yang melanda. Mungkin rahmat yang tersimpan di sebalik Ramadhan kali ini.

Menangis atas kekerdilan diri sebagai hambaNYA. Siri-siri muhasabah yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini cukup terkesan dihati saya. Betapa terlalu banyak kerniaanNYA yang tidak disyukuri. Ampunkan diri ini Ya ALLAH.



Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

‘Diharamkan atas dua mata untuk dapat disentuh oleh api neraka iaitu: Mata yang pernah manangis kerana merasakan akan kehebatan Allah dan mata yang tetap terbuka kerana berjaga-jaga dalam membela agama Islam serta penganut-penganutnya dari serangan orang-orang kafir.’
HR Al-Hakim


Monday, August 10, 2009

USRAH

Menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman. Apa ada di sana ye?? Inilah kekuatan sebuah usrah yang dibina atas dasar mencari keredhaan Allah swt. Sudah lama hati ini meronta-ronta untuk pulang ke rumah menemui insan tersayang. Melihat wajah-wajah yang cukup dirindui. Namun kesibukan tugas seharian membatalkan hasrat saya. Bukan sedikit telefon dan pesanan ringkas yang diterima bertanyakan kesempatan saya untuk pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang, banyak persediaan yang perlu disettlekan di rumah sempena majlis yang bakal diadakan tidak lama lagi.



Buat teman-teman seusrah, terima kasih di atas perkongsian yang cukup bermakna. Moga ukhwah ini berkekalan selamanya.Mohon ampun andai kata diri ini terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Dalam memastikan kelangsungan sebuah usrah yang dibina, setiap ahlinya perlu mamahami fungsi dan matlamat sesebuah usrah dengan jelas. Usrah merupakan institusi yang cukup penting dalam membina sesebuah masyarakat. Runtuhnya institusi usrah bakal meruntuhkan sebuah masyarakat seterusnya sebuah negara. Justeru itu, ianya perlu dipelihara oleh individu-individu yang memahami tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan agama seterusnya memastikan usrah yang dibina mampu menunaikan amanah serta pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan.


“ Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan” Al-Tahrim:6


“Jika mendekati ciptaan langsung Allah itu mengundang tenang, apatahlagi jika mendekatiNya terus pada zikir dan fikir yang langsung”- dipetik dari buku Aku Terima Nikahnya karya Ust. Hasrizal Abdul Jalil

Tuesday, July 14, 2009

SAAT INI

Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk kembali menulis setelah agak lama meninggalkan blog kesayangan ni. Almaklumlah, terlalu banyak komitmen yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh cuti sem lepas terutamanya sebagai trainee di AIN MEDICARE SDN. BHD. Kenangan yang pasti takkan dilupakan.Ini merupakan entry pertama selepas hari kedua bergelar pelajar tahun akhir bagi kursus farmasi. Seronok ada, takut pun ada. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan samada di UIA Kuantan mahupun UiTM Puncak Alam (Ani, Nini, Zaini) teruskan berjuang. Syukur tak terhingga juga dipanjatkan kepadaMu kerana masih lagi memanjangkan umurku untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Alhamdulillah, walaupun tidak sempat meraikan Ulangtahun ke_ bersama keluarga kerana terpaksa bertolak ke UIA Kuantan pada sebelah paginya, namun ingatan dan doa kalian lebih berharga. Buat teman-teman , terima kasih di atas hadiah yang cukup istimewa (kan Fizah?). Moga dengan nikmat usia yang dipinjamkan, semakin banyak amal ibadah yang terlaksana dan memberikan motivasi yang cukup kuat untuk saya meneruskan perjuangan yang masih tersisa di bumi Kuantan.


Apalah nasibku,
Seringkali terbit dihati,
Apa yang dimiliki rasa tak mencukupi,
Milik orang lain nampak sempurna,
Seolah tiada cacat cela,
Ketahuilah,
Nasib yang menimpa ketika ini,
Itulah yang terbaik sebagai penguji,
Bukan untuk disesali,
Tapi untuk memajukan diri.


Dipetik dari Novel Syabab Musafir Kasih, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Wednesday, April 8, 2009

Allahuakbar!!!!!!

Salam perjuangan buat semua. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan buat DIA kerana masih lagi memberikan peluang untuk kita terus bernafas di bumi milikNYA. Tahniah kepada semua sahabat-sahabat Pharmacy kerana terus diberi keizinan untuk mendalami ilmuNYA..Moga-moga kejayaan mengiringi kita semua dalam final exam ni. Sama-sama doakan.
Disebalik kepenatan melalui minggu-minggu exam ni, tak dilupakan 2 pilihanraya kecil BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU. Tahniah kepada PR diatas kemenangan ini. Kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) dan S.Manikumar (PRK),selamat meneruskan perjuangan.

Keputusan Rasmi Pilihanraya Parlimen P059 Bukit Gantang

Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860
Ismail Saffian Barisan Nasional (BN) 19,071
Kamarul Ramizu Bebas 62

Keputusan Rasmi Pilihanraya N25 DUN Bukit Selambau

S. Manikumar (PKR) 12,632
Datuk S. Ganesan (BN) 10,229

Monday, March 23, 2009

Cerdas Dalam Berdakwah

Menguasai dan meneladani sirah junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W amat penting terutama kepada seluruh da'ei yang memperjuangkan supaya tertegaknya kalimah tauhid di muka bumi ini. Cabaran dan tekanan yang dihadapi tidak seharusnya menghentikan agenda dakwah yang dibawa. Kecerdasan strategi dakwah Abu Bakar, seharusnya dicontohi oleh kaum muslimin pada masa kini. Beliau dengan bijak memanfaatkan undang-undang Jahiliah di mana seseorang dibolehkan memberikan perlindungan kepada orang lain, untuk kepentingan dakwah. Dengan jaminan yang diberikan oleh Ibn Daghinah, Abu Bakar bebas melakukan solat, membaca Al-Quran dan melakukan ibadah apapun dirumahnya. Kadang-kadang dia membaca al-Quran di rumahnya dengan suara yang lantang sehingga ramai para wanita dan anak-anak datang ingin mendengar bacaan Al-Quran Abu Bakar.
Demi kemaslahatan dakwah, kaum muslimin diperkenankan memanfaatkan undang-undang yang ada,contohnya pemilihan pemimpin berdasarkan sistem demokrasi-yang bukan bersumber dari Islam. Inilah yang dilakukan oleh Abu Bakar. Namun begitu, jangan sampai kita terbuai dengan sistem kufur ini. Perlu ada usaha berterusan untuk mengubahnya. Oleh itu, perlulah dibezakan memperjuangkan sistem pemerintahan kafir dengan memanfaatkan sistem tersebut untuk melindungi dakwah.

Sunday, March 8, 2009

PPSMi

Mahasiswakini » Blog Archive » Bantah PPSMi,
GAMIS kecam bedilan gas FRU ke atas rakyat


Himpunan 5000 mahasiswa bersama sejuta rakyat membantah PPSMI pada 7 Mac 09.

Kuasa mahasiswa kuasa perubahan.

Wednesday, February 25, 2009

Winning With People

SIX WAYS TO MAKE PEOPLE LIKE YOU
Become genuinely interested in other people
Smile
Remember that a person's name is to him or her the sweetest and most important sound
Be a good listener- encourage other to talk about themselves
Talk in terms of other person's interests
Make the other person feel important and do it sincerely
-John C. Maxwell-
Pedoman buat para da'ie

Sunday, February 15, 2009

CHANGE

Alhamdulillah, akhirnya dapat saya kembali menulis setelah berminggu-minggu rumah ni dibiarkan bersawang. Juga setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadratNya kerana berjaya melayari minggu exam dengan “jayanya”. Kepada seluruh student pharmacy selamat meneruskan perjuangan. Pastikan segala report-report yang perlu dihantar telah disettlekan.
Beralih ke topic seterusnya, melihat kepada tsunami politik yang melanda Malaysia sekarang terutama setelah tercetusnya tragedi penubuhan kerajaan “baru” BN di Perak (teringat kepada sebuah drama bersiri Jepun bertajuk Change), saya melihat ada iktibar besar yang perlu diambil oleh mahasiswa selaku tonggak kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Mahasiswa perlu belajar mencari dan menganalisa setiap isu serta polimik yang timbul dengan membebaskan minda daripada pengaruh politik kepartian. Sikap pedulisma yang tinggi terhadap politik tanah air perlu ditanam dan tertanam dalam diri mahasiswa. Sejarah membuktikan mahasiswa mampu menjadi agent of change kepada sesebuah negara. Rasulullah SAW dibangkitkan dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahiliyyah.

Sejarah dunia ini dilakarkan warnanya oleh anak-anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, idealisme untuk merubah dan menjadi agen perubah (Potret perjuangan mahasiswa dalam cerminan dekad – Riduan Mohammad nor)

Tuesday, January 20, 2009

SRC GENERAL ELECTION 08/09

SRC GENERAL ELECTION 2008/2009

Won uncontested

Constituency of Kulliyyah of Pharmacy

Khairul Afif B. Ahmad (2nd Year)

Nurul Syaza Bt. Husni (3rd Year)

Congratulation!!

"MENGISI KEMENANGAN MEMANTAPKAN PERJUANGAN"

Sunday, January 18, 2009

"Untukmu teman"

Entry ni saya tujukan khas buat teman-teman seperjuangan yang sentiasa bersama-sama saya mengharungi pahit-manis kehidupan ini. Hari ini kami (hum,alang,matni,fizah dan faraa) membuat keputusan ad-hoc untuk 'keluar' dari UIA (cadangan ni sebenarnya daripada che hum yang agak 'tension' hari ni). Kami keluar jam tujuh malam dan sempat solat maghrib berjemaah di masjid negeri. Lepas solat, kami terus menjamu nasi yang dibeli dari cafe UIA. Sambil-sambil menunggu masuk waktu Isyak, sempat jugak merancang kemana destinasi seterusnya. Lepas solat Isyak, kami terus ke Secret Recipe (selepas dah pastikan Secret Recipe tak termasuk senarai Boikot). "Hari ni Hum belanja"...Alhamdulillah, moga murah rezeki..
Ini sekadar ringkasan aktiviti kami bersama. Masing-masing pulang ke kampus dengan puas-hati dan gembira. Saya cuba bayangkan andai hidup ini tidak dikelilingi teman-teman seperti kalian. Tentu bosankan?. Teman yang mampu mengembirakan di saat ku bersedih. Teman yang sudi mengingatkan di saat diriku alpa. Teman yang sudi berkongsi suka-duka diri ini dan aku yakin inilah juga insan-insan yang bakal mengiringi jenazahku nanti. InsyaAllah.
Ukhwah fiLLAH. Salam sayang ikhlas dariku. Terima kasih teman.

p/s: Boikot!Boikot!Boikot!

Friday, January 16, 2009

"Kemuncup..."

Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti dan mesti diyakini oleh semua pihak. Meragui kemenangan Islam hanyalah menumbuhkan bibit-bibit putus asa, kecewa dan lemah jiwa dalam menghadapi gelombang perjuangan yang tentunya amat mencabar. Sirah baginda saw menunjukkan sikap optimis Rasulullah terhadap perjuangannya sebagaimana dirakamkan dalam surah At-Taubah ayat 40. Baginda dengan sikap yang amat optimis akan pertolongan Allah swt telah menegaskan kepada sahabatnya bahawa LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA jangan bimbang sesunguhnya Allah bersama dengan kita.
Saya tertarik kepada sebuah buku tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertajuk "Kemuncup dalam Perjuangan". Walaupun intipati kupasan agak berbeza, namun analogi yang digunakan oleh beliau amat bertepatan dalam konteks sebuah perjuangan. Kemuncup dalam perjungan sentiasa ada dimana-mana. Ia boleh datang dan pergi. Bagi individu yang matang, menghadapi kemuncup hendaklah dibuang sambil berjalan tanpa kehilangan fokus terhadap destinasi yang dituju. Buku ini menyedarkan saya bahawa di sana terdapat pelbagai mehnah dan ujian sewaktu memperjuangkan Islam yang boleh datang dalam pelbagai rupa. Ingatlah perjuangan tidak dihampar dengan karpet merah.

p/s: Boikot!Boikot!

Tuesday, January 13, 2009

PRK

Let's lead the way

Salam perjuangan diucapkan kepada seluruh mahasiswa. Disebalik kehangatan kita membicarakan isu saudara kita di Palestin, saya tertarik untuk menyentuh isu berkaitan pilihanraya kampus yang sedang dilalui oleh beberapa buah universiti termasuk UIA. Sebagaimana notis yang telah dikeluarkan, tarikh bagi pemilihan kepimpinan baru UIA (termasuk kampus Kuantan) telah ditetapkan pada 19 Januari 2009. Namun saya tidak pasti sejauh mana kesedaran para pengundi terutama di kampus UIA kuantan tentang pentingnya memilih pemimpin yang selayaknya bagi menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) untuk tenure 2008/09. Bagi saya ini satu agenda besar yang perlu diberi perhatian oleh seluruh mahasiswa yang ingin melihat biah solehah di kampus Kuantan mahupun Gombak terus terpelihara. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang bersedia memikul amanah ini.

p/s: Boycott Israel Campaign

http://www.inminds.com/boycott-brands.html



Saturday, January 10, 2009

We Unite for Palestine!!!!





Tahniah buat seluruh mahasiswa UIA kuantan. Moga resolusi yang dilaung-laungkan bukan tinggal kenangan.
  1. Memboikot setiap barangan yang mendatangkan sokongan ekonomi kepada Israel
  2. Menderma kepada Tabung Aman Palestin
  3. Bantuan kemanusiaan
  4. Doa dan solat hajat secara berterusan

Wednesday, January 7, 2009

Monday, January 5, 2009

Pharmaceutical Analysis, Palestin

Hari ni saya ke kelas seperti biasa setelah hampir empat hari cuti sempena tahun baru. Terasa rindu pula pada kampung halaman walaupun sem dua baru sahaja bermula. “Mmm xpelah.. Ini pun sebahagian daripada pengorbanan untuk menuntut ilmu”. Kelas pertama bermula jam 9 pg iaitu subjek Pharmaceutical Analysis 2 (Introduction to Instrumental Analysis, 2 kredit) oleh Dr. Helal yang disambung kembali petangnya jam dua. Petang tu tak tahu jenapa jiwa ni rasa tak tenang je. Apa yang diajar oleh Dr.Helal seolah-olah tenggelam timbul dari pendengaran. Hati saya teringat kepada maksud-maksud pada setiap baris Qunut Nazilah yang dibaca ketika Grand Solat hajat yg diadakan semalam. Ya Allah ! apa khabar saudara-saudaraku di Gaza ? Kami tenang di sini menuntut ilmu sedangkan di sana ketenangan mereka diragut. Badan kami dibasahi hujan sedangkan mereka dibasahi darah. Ya Allah andai dengan berdoa sahaja yg aku mampu lakukan, ku mohon dikau berikanlah kemenangan kepada saudara seaqidahku di Palestin. Kurniakan juga Syurga kepada seluruh syuhada’ yang mati demi mempertahankan hak mereka.

Saturday, January 3, 2009

Buat Saudaraku di Palestin

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengerakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amiin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menghasilkan blog Musafir setelah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi sedikit pandangan, cerita, nasihat, pengalaman etc dengan semua. Keinginan yang mendalam untuk mencabar potensi diri dalam bidang penulisan telah mendorong saya untuk mempelajari cara untuk membuat blog melalui sebuah majalah. Kadang-kadang terasa kelakar juga, maklumlah saya bukannya individu yang pandai dalam mengutarakan idea dan pandangan dalam bentuk penulisan. Tambahan pula sudah lama tidak memerah otak untuk mengukir bait-bait kata melalui pena atau boleh saya katakan melalui alam siber ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman saya yang sudi memberi komen dan kata-kata peransang untuk saya ber"karya". Mudah-mudahan usaha kecil saya ini untuk mempraktikkan seruan dakwah baginda Rasul s.a.w mendapat keredhaanNYA..Amin.
salam
salam perkenalan