Tuesday, January 20, 2009

SRC GENERAL ELECTION 08/09

SRC GENERAL ELECTION 2008/2009

Won uncontested

Constituency of Kulliyyah of Pharmacy

Khairul Afif B. Ahmad (2nd Year)

Nurul Syaza Bt. Husni (3rd Year)

Congratulation!!

"MENGISI KEMENANGAN MEMANTAPKAN PERJUANGAN"

Sunday, January 18, 2009

"Untukmu teman"

Entry ni saya tujukan khas buat teman-teman seperjuangan yang sentiasa bersama-sama saya mengharungi pahit-manis kehidupan ini. Hari ini kami (hum,alang,matni,fizah dan faraa) membuat keputusan ad-hoc untuk 'keluar' dari UIA (cadangan ni sebenarnya daripada che hum yang agak 'tension' hari ni). Kami keluar jam tujuh malam dan sempat solat maghrib berjemaah di masjid negeri. Lepas solat, kami terus menjamu nasi yang dibeli dari cafe UIA. Sambil-sambil menunggu masuk waktu Isyak, sempat jugak merancang kemana destinasi seterusnya. Lepas solat Isyak, kami terus ke Secret Recipe (selepas dah pastikan Secret Recipe tak termasuk senarai Boikot). "Hari ni Hum belanja"...Alhamdulillah, moga murah rezeki..
Ini sekadar ringkasan aktiviti kami bersama. Masing-masing pulang ke kampus dengan puas-hati dan gembira. Saya cuba bayangkan andai hidup ini tidak dikelilingi teman-teman seperti kalian. Tentu bosankan?. Teman yang mampu mengembirakan di saat ku bersedih. Teman yang sudi mengingatkan di saat diriku alpa. Teman yang sudi berkongsi suka-duka diri ini dan aku yakin inilah juga insan-insan yang bakal mengiringi jenazahku nanti. InsyaAllah.
Ukhwah fiLLAH. Salam sayang ikhlas dariku. Terima kasih teman.

p/s: Boikot!Boikot!Boikot!

Friday, January 16, 2009

"Kemuncup..."

Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti dan mesti diyakini oleh semua pihak. Meragui kemenangan Islam hanyalah menumbuhkan bibit-bibit putus asa, kecewa dan lemah jiwa dalam menghadapi gelombang perjuangan yang tentunya amat mencabar. Sirah baginda saw menunjukkan sikap optimis Rasulullah terhadap perjuangannya sebagaimana dirakamkan dalam surah At-Taubah ayat 40. Baginda dengan sikap yang amat optimis akan pertolongan Allah swt telah menegaskan kepada sahabatnya bahawa LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA jangan bimbang sesunguhnya Allah bersama dengan kita.
Saya tertarik kepada sebuah buku tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertajuk "Kemuncup dalam Perjuangan". Walaupun intipati kupasan agak berbeza, namun analogi yang digunakan oleh beliau amat bertepatan dalam konteks sebuah perjuangan. Kemuncup dalam perjungan sentiasa ada dimana-mana. Ia boleh datang dan pergi. Bagi individu yang matang, menghadapi kemuncup hendaklah dibuang sambil berjalan tanpa kehilangan fokus terhadap destinasi yang dituju. Buku ini menyedarkan saya bahawa di sana terdapat pelbagai mehnah dan ujian sewaktu memperjuangkan Islam yang boleh datang dalam pelbagai rupa. Ingatlah perjuangan tidak dihampar dengan karpet merah.

p/s: Boikot!Boikot!

Tuesday, January 13, 2009

PRK

Let's lead the way

Salam perjuangan diucapkan kepada seluruh mahasiswa. Disebalik kehangatan kita membicarakan isu saudara kita di Palestin, saya tertarik untuk menyentuh isu berkaitan pilihanraya kampus yang sedang dilalui oleh beberapa buah universiti termasuk UIA. Sebagaimana notis yang telah dikeluarkan, tarikh bagi pemilihan kepimpinan baru UIA (termasuk kampus Kuantan) telah ditetapkan pada 19 Januari 2009. Namun saya tidak pasti sejauh mana kesedaran para pengundi terutama di kampus UIA kuantan tentang pentingnya memilih pemimpin yang selayaknya bagi menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) untuk tenure 2008/09. Bagi saya ini satu agenda besar yang perlu diberi perhatian oleh seluruh mahasiswa yang ingin melihat biah solehah di kampus Kuantan mahupun Gombak terus terpelihara. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang bersedia memikul amanah ini.

p/s: Boycott Israel Campaign

http://www.inminds.com/boycott-brands.html



Saturday, January 10, 2009

We Unite for Palestine!!!!





Tahniah buat seluruh mahasiswa UIA kuantan. Moga resolusi yang dilaung-laungkan bukan tinggal kenangan.
  1. Memboikot setiap barangan yang mendatangkan sokongan ekonomi kepada Israel
  2. Menderma kepada Tabung Aman Palestin
  3. Bantuan kemanusiaan
  4. Doa dan solat hajat secara berterusan

Wednesday, January 7, 2009

Monday, January 5, 2009

Pharmaceutical Analysis, Palestin

Hari ni saya ke kelas seperti biasa setelah hampir empat hari cuti sempena tahun baru. Terasa rindu pula pada kampung halaman walaupun sem dua baru sahaja bermula. “Mmm xpelah.. Ini pun sebahagian daripada pengorbanan untuk menuntut ilmu”. Kelas pertama bermula jam 9 pg iaitu subjek Pharmaceutical Analysis 2 (Introduction to Instrumental Analysis, 2 kredit) oleh Dr. Helal yang disambung kembali petangnya jam dua. Petang tu tak tahu jenapa jiwa ni rasa tak tenang je. Apa yang diajar oleh Dr.Helal seolah-olah tenggelam timbul dari pendengaran. Hati saya teringat kepada maksud-maksud pada setiap baris Qunut Nazilah yang dibaca ketika Grand Solat hajat yg diadakan semalam. Ya Allah ! apa khabar saudara-saudaraku di Gaza ? Kami tenang di sini menuntut ilmu sedangkan di sana ketenangan mereka diragut. Badan kami dibasahi hujan sedangkan mereka dibasahi darah. Ya Allah andai dengan berdoa sahaja yg aku mampu lakukan, ku mohon dikau berikanlah kemenangan kepada saudara seaqidahku di Palestin. Kurniakan juga Syurga kepada seluruh syuhada’ yang mati demi mempertahankan hak mereka.

Saturday, January 3, 2009

Buat Saudaraku di Palestin

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengerakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amiin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menghasilkan blog Musafir setelah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi sedikit pandangan, cerita, nasihat, pengalaman etc dengan semua. Keinginan yang mendalam untuk mencabar potensi diri dalam bidang penulisan telah mendorong saya untuk mempelajari cara untuk membuat blog melalui sebuah majalah. Kadang-kadang terasa kelakar juga, maklumlah saya bukannya individu yang pandai dalam mengutarakan idea dan pandangan dalam bentuk penulisan. Tambahan pula sudah lama tidak memerah otak untuk mengukir bait-bait kata melalui pena atau boleh saya katakan melalui alam siber ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman saya yang sudi memberi komen dan kata-kata peransang untuk saya ber"karya". Mudah-mudahan usaha kecil saya ini untuk mempraktikkan seruan dakwah baginda Rasul s.a.w mendapat keredhaanNYA..Amin.
salam
salam perkenalan