Monday, August 10, 2009

USRAH

Menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman. Apa ada di sana ye?? Inilah kekuatan sebuah usrah yang dibina atas dasar mencari keredhaan Allah swt. Sudah lama hati ini meronta-ronta untuk pulang ke rumah menemui insan tersayang. Melihat wajah-wajah yang cukup dirindui. Namun kesibukan tugas seharian membatalkan hasrat saya. Bukan sedikit telefon dan pesanan ringkas yang diterima bertanyakan kesempatan saya untuk pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang, banyak persediaan yang perlu disettlekan di rumah sempena majlis yang bakal diadakan tidak lama lagi.



Buat teman-teman seusrah, terima kasih di atas perkongsian yang cukup bermakna. Moga ukhwah ini berkekalan selamanya.Mohon ampun andai kata diri ini terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Dalam memastikan kelangsungan sebuah usrah yang dibina, setiap ahlinya perlu mamahami fungsi dan matlamat sesebuah usrah dengan jelas. Usrah merupakan institusi yang cukup penting dalam membina sesebuah masyarakat. Runtuhnya institusi usrah bakal meruntuhkan sebuah masyarakat seterusnya sebuah negara. Justeru itu, ianya perlu dipelihara oleh individu-individu yang memahami tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan agama seterusnya memastikan usrah yang dibina mampu menunaikan amanah serta pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan.


“ Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan” Al-Tahrim:6


“Jika mendekati ciptaan langsung Allah itu mengundang tenang, apatahlagi jika mendekatiNya terus pada zikir dan fikir yang langsung”- dipetik dari buku Aku Terima Nikahnya karya Ust. Hasrizal Abdul Jalil