Wednesday, June 30, 2010

JULAI 2010

Alhamdulillah...memasuki bulan Julai tahun ini merupakan titik tolak kepada perubahan hidup saya. Kalau dulu blog ini ditulis oleh seorang pelajar, kini tangan yang sama menulis sebagai seorang pekerja yang akan terus belajar. Pada hari ini, kebanyakan teman-teman saya telah melaporkan diri sebagai Provisional Registered Pharmacist (PRP) di Jabatan Kesihatan Negeri(JKN)di serata Malaysia sebagaimana yang diarahkan. Namun atas beberapa sebab saya terpaksa memilih tarikh 5 Julai untuk melaporkan diri di JKN Pahang. Doakan yang terbaik buat teman-teman. Moga kta sama-sama dapat pasakkan hati untuk terus melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin. Medan ini pasti akan lebih teruji. Walaubagaimana pun,apa sahaja yang dilakukan,ingatlah bahawa dunia ini adalah sementara. Carilah bekal secukup mungkin untuk ke SANA.

Thursday, May 6, 2010

Hidup dan Mati

Hari ini saya dikejutkan dengan kematian seorang jiran yang dikenali sejak dari kecil lagi. Walaupun tidak mengenali dengan dekat arwah namun ada kenangan yang dikongsi pada zaman kanak-kanak kami.Moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..Amin.
Sempat kami adik beradik bermuhasabah mengenai kematian ini. Kematian yang bakal menjemput hambaNYA tanpa perlu mengadakan temujanji terlebih dahulu. Hidup inilah waktunya untuk menanam pahala yang akan dituai di akhirat nanti. Moga ini menjadi pengajaran buat kami semua yang masih hidup.
InsyaALLAH, saya sekarang sedang menunggu offer dari SPA untuk memulakan tugas sebagai Provisional Registered Pharmacist (PRP). Semoga tanggungjawab yang akan dipikul nanti menjadi satu ibadah untuk bekalan dihari kemudian.

Sunday, January 17, 2010

Bila Diri Disayangi

Lirik yang cukup terkesan bagi diri saya. Lagu ini dipopularkan oleh kumpulan Ukays satu ketika dahulu. Selamat menghayati.

Bila Diri Disayangi


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMU


Tiada batasan waktu
Tiada tempat MU tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMU, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang MU
Ku berserah diri