Sunday, September 6, 2009

MENANGISLAH

Entry kali ini ditulis di saat saya sedang menggelumangkan diri dengan nota-nota kuliah yang bertimbun.Dengan jadual peperiksaan pertengahan semesta yang cukup memenatkan bagi kami pelajar-pelajar Farmasi tahun 4 (alhamduLILLAh, dah final year), menambahkan lagi tekanan harian saya. Alhamdulillah, sampai saat ini semua masih dalam kawalan.

Petang ni sempat sayamembelek sebuah buku tulisan Kasmuri Selamat bertajuk Rahmat Disebalik Dugaan. Antara bab yang menarik minat saya ialah Titisan Air Mata Ketika Berlaku Musibah. Perkara yang cukup sinonim dengan diri sendiri kebelakangan ini, walaupun bukanlah atas sebab musibah yang melanda. Mungkin rahmat yang tersimpan di sebalik Ramadhan kali ini.

Menangis atas kekerdilan diri sebagai hambaNYA. Siri-siri muhasabah yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini cukup terkesan dihati saya. Betapa terlalu banyak kerniaanNYA yang tidak disyukuri. Ampunkan diri ini Ya ALLAH.



Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

‘Diharamkan atas dua mata untuk dapat disentuh oleh api neraka iaitu: Mata yang pernah manangis kerana merasakan akan kehebatan Allah dan mata yang tetap terbuka kerana berjaga-jaga dalam membela agama Islam serta penganut-penganutnya dari serangan orang-orang kafir.’
HR Al-Hakim