Sunday, October 25, 2009

Sejenak...

Memaksa jari saya menekan butang-butang pada laptop ini untuk meng’update’ blog ni. Entah kenapa kebelakangan ini, semangat untuk menulis agak lari.Mungkin disebabkan kekangan biasa yang agak luar biasa sebagai pelajar tahun akhir ni. Banyak assignment dan laporan yang perlu disiapkan, group work, presentation ditambah dengan meeting-meeting yang menuntut komitmen saya. Alhamdulillah, usai sesi dialog bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Y.B Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini, (kredit buat SRC kuantan) terdetik di minda saya sejauh mana persediaan untuk melangkah ke dunia baru selepas ini yang saya kira sangat berlainan dengan realiti hidup di alam kampus.
Saya pasti diri ini akan merindui segala kerja buat saya dikampus ini walaupun tidak semua boleh dibanggakan. Kampus yang menjadi medan untuk saya mengenali konsep tarbiyah, siyasah, dakwah mahupun segala macam softskills yang pastinya sangat berguna buat mengharungi hari mendatang. Saya bukanlah insan terbaik tetapi cuba untuk menjadi yang lebih baik. Andai digali kembali segala memori sepanjang bergelar pelajar, terlalu ramai insan-insan yang saya perlu berterima kasih. Terima kasih buat semua. Akhir kalam, Selamat Mengharungi Final Exam.