Sunday, December 20, 2009

Hijrahku

Tanggal Awal Muharam 1431H menjadi titik tolak permulaan satu fasa baru dalam kehidupan saya. Tidak perlu dijelaskan di sini apakah fasa yang dimaksudkan. Cukuplah buat peringatan untuk diri ini bahawa satu lembaran perjuangan baru di lapangan yang mugkin sama dan mugkin juga berbeza bakal diteruskan. Melalui sesi muhasabah yang dijalankan saya yakin di sana terlalu banyak kelompangan yang perlu diteliti dan di isi. Draf fokus untuk fasa yang sedang dan bakal dilalui ini telah di’brainstorm’kan walaupun tidaklah melalui perbahasan yang betul-betul matang.


Namun saya kira fokus kali ini benar-benar lahir dari jiwa yang telah dimatangkan oleh pengalaman hidup untuk tempoh 24 tahun ini. Walaupun fokusnya mungkin agak simple dan banyak menyentuh persoalan asas yang sepatutnya telah dihadamkan oleh mana-mana insan yang melalui proses pentarbiyahan, namun ianya satu fokus yang penting buat diri saya. Semoga apa yang direncanakan tidak hanya bersemadi di atas kertas tapi terus diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal. Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu yang sangat kerdil ini. Amin.


Tazkirah buat diri. Firman Allah Taala:



“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." As-Saff: 10-11