Friday, January 16, 2009

"Kemuncup..."

Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti dan mesti diyakini oleh semua pihak. Meragui kemenangan Islam hanyalah menumbuhkan bibit-bibit putus asa, kecewa dan lemah jiwa dalam menghadapi gelombang perjuangan yang tentunya amat mencabar. Sirah baginda saw menunjukkan sikap optimis Rasulullah terhadap perjuangannya sebagaimana dirakamkan dalam surah At-Taubah ayat 40. Baginda dengan sikap yang amat optimis akan pertolongan Allah swt telah menegaskan kepada sahabatnya bahawa LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA jangan bimbang sesunguhnya Allah bersama dengan kita.
Saya tertarik kepada sebuah buku tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertajuk "Kemuncup dalam Perjuangan". Walaupun intipati kupasan agak berbeza, namun analogi yang digunakan oleh beliau amat bertepatan dalam konteks sebuah perjuangan. Kemuncup dalam perjungan sentiasa ada dimana-mana. Ia boleh datang dan pergi. Bagi individu yang matang, menghadapi kemuncup hendaklah dibuang sambil berjalan tanpa kehilangan fokus terhadap destinasi yang dituju. Buku ini menyedarkan saya bahawa di sana terdapat pelbagai mehnah dan ujian sewaktu memperjuangkan Islam yang boleh datang dalam pelbagai rupa. Ingatlah perjuangan tidak dihampar dengan karpet merah.

p/s: Boikot!Boikot!