Monday, January 5, 2009

Pharmaceutical Analysis, Palestin

Hari ni saya ke kelas seperti biasa setelah hampir empat hari cuti sempena tahun baru. Terasa rindu pula pada kampung halaman walaupun sem dua baru sahaja bermula. “Mmm xpelah.. Ini pun sebahagian daripada pengorbanan untuk menuntut ilmu”. Kelas pertama bermula jam 9 pg iaitu subjek Pharmaceutical Analysis 2 (Introduction to Instrumental Analysis, 2 kredit) oleh Dr. Helal yang disambung kembali petangnya jam dua. Petang tu tak tahu jenapa jiwa ni rasa tak tenang je. Apa yang diajar oleh Dr.Helal seolah-olah tenggelam timbul dari pendengaran. Hati saya teringat kepada maksud-maksud pada setiap baris Qunut Nazilah yang dibaca ketika Grand Solat hajat yg diadakan semalam. Ya Allah ! apa khabar saudara-saudaraku di Gaza ? Kami tenang di sini menuntut ilmu sedangkan di sana ketenangan mereka diragut. Badan kami dibasahi hujan sedangkan mereka dibasahi darah. Ya Allah andai dengan berdoa sahaja yg aku mampu lakukan, ku mohon dikau berikanlah kemenangan kepada saudara seaqidahku di Palestin. Kurniakan juga Syurga kepada seluruh syuhada’ yang mati demi mempertahankan hak mereka.